Rim pun bersukan


Disini ada cerita menarik untuk dikongsi. Semangat kesukanan bukan hanya terletak kepada manusia sahaja, malah benda pun ada juga. Inilah dikatakan Malaysia Boleh. Semua perkara boleh.

Rim sukan
adalah trend masa kini
untuk seseorang itu bagi menambahkan lagi keterampilan kenderaan "KERETA" masing-masing. Samaada kita mahu memakai rim original dari teknologi Jepun, Taiwan, Thailand, Jinjang, Jenjarom mahupun Sg. Buloh, kita tidak perlu menipu pada orang lain dengan menyatakan rim itu adalah original datang dari negara Jepun dan ianya cukup-cukup mahal harganya. Cukup sekadar mengaku bahawa rim tiruan itu adalah buatan negara Taiwan.


Inilah rim sukan. Kenal rim sukan? Rim sukan inilah telah mengeluarkan peluh yang cukup banyak. Atlet terbaik padanya.

Kesimpulan yang boleh dibuat, tidak perlu hendak menipu pada orang lain untuk menampakkan diri anda (hasmawi) hebat gila. Dan juga tidak perlulah melafazkan rasa berbangga sangat kalau rim tu meminta pihak vendor membelikan. Minta sahaja dari mak anda (hasmawi) membelikan.


*Belilah yang original buatan Malaysia. Anda mampu mengubahnya.

Internet OH Internet

Secara amnya, Internet (singkatan perkataan bahasa Inggeris; inter-network) ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf 'I' besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking.


Kemunculan Internet

Rangkaian pusat yang membentuk Internet bermula pada tahun 1969 sebagai ARPANET, yang dibangunkan oleh ARPA (United States Department of Defense Advanced Research Projects Agency). Beberapa penyelidikan awal yang disumbang oleh ARPANET termasuk kaedah rangkaian tanpa-pusat (decentralised network), teori queueing, dan kaedah pertukaran paket (packet switching).

Pada 01 Januari 1983, ARPANET menukar protokol rangkaian pusatnya, daripada NCP kepada TCP/IP. Ini merupakan permulaan Internet yang kita kenali hari ini.

Pada sekitar 1990-an, Internet telah berkembang dan merangkaikan kebanyakan daripada rangkaian-rangkaian komputer yang sedia ada.


Internet hari ini

Internet dikuatkuasa oleh perjanjian komersil dwi- atau berbilang pihak dan spesifikasi teknikal (protokol yang menerangkan tentang pemindahan data antara rangkaian). Protokol-protokol ini disediakan berdasarkan perbincangan Pasukan Petugas Kejuruteraan Internet (Internet Engineering Task Force - IETF) yang terbuka kepada umum. Badan ini mengeluarkan dokumen yang dikenali sebagai RFC (Request for Comments). Sebahagian daripada RFC dijadikan piawaian Internet oleh Lembaga Rekabentuk Internet (Internet Architecture Board - IAB). Protokol-protokol Internet yang sering digunakan adalah seperti TCP/IP, UDP, DNS, PPP, SLIP, ICMP, POP3, IMAP, SMTP, HTTP, HTTPS, SSH, Telnet, FTP, LDAP dan SSL.

Beberapa perkhidmatan popular di Internet yang menggunakan protokol di atas, ialah e-mel, Usenet, Newsgroup, perkongsian fail, Jaringan Sejagat (WWW), Gopher, WAIS, finger, IRC, MUD, dan MUSH. Di antara semua ini, e-mel dan Jaringan Sejagat paling kerap digunakan, dan lebih banyak perkhidmatan yang dibina berasaskannya, seperti senarai mel dan blog. Internet memungkinkan adanya perkhidmatan masa-sebenar seperti radio web dan siar web, yang boleh dicapai di seluruh dunia.

Beberapa perkhidmatan Internet popular yang berdasarkan sistem proprietari ialah seperti IRC, ICQ, AIM, CDDB, Torrent dan Gnutella.

Sebuah pembekal maklumat Internet sejagat comScore melaporkan bahawa jumlah pengguna unik Internet mecapai aras 1 bilion pada Disember 2008.[1] Mengikut perangkaan penyelidikannya, Asia-Pasifik mempunyai bilangan pengguna Internet paling ramai dengan 41 peratus, diikuti oleh Eropah (28 peratus), Amerika Utara (18 peratus), Amerika Latin (7 peratus) dan akhir sekali Timur Tengah & Afrika (bersama 5 peratus). China menggungguli senarai mengikut negara dengan 17.8 peratus pelayar Internet sedunia. Mengikut senarai tapak web yang dilawati pula, Google berada di kedudukan teratas dengan 778 juta pelawat unik. Ini diikuti dengan Microsoft, Yahoo, AOL dan Wikipedia dengan projek kembarnya.



Kenapa sejak akhir-akhir ini seringkali berlaku suatu yang tidak diduga. Mungkin dahulu kala sudah berlaku perkara ini. Namun mengapa ramai yang menjadi mangsa sedangkan dirinya tidak sedar betapa menyusahkan orang. Diberi peruntukkan untuk menggunakan perkhidmatan ini namun yang membuatkan ramai dijadikan bahan mangsa adalah dirinya sendiri juga. Berpunca dari sikap angkuh dan lagak sombong yang sememangnya tidak perlu ditunjukkan. Namun persoalannya disini, sejauh mana keberkesanan dirinya untuk menghentikan sifat angkuh dan lagak sombongnya terhadap orang lain.

Untuk pengetahuan anda, En. Hasmawi telah menyekat staf-staf di MPS dari melayari web seperti Facebook, Yahoo Messenger, Youtube, dan lain-lain. Dan berkemungkinan besar akan menyekat seluruh web untuk dilayari. Menyekat di server SOPHOS tanpa ada rasa belas kasihan. Sehingga sanggup menyekat Internet di Kaunter Kutipan Cukai. Jikalau staf-staf yang menerima tugas untuk membentangkan projek atau seumpama dengannya perlu juga untuk mendapatkan bahan-bahan dari media internet. Jadi, permikirannya terlalu kuno sedangkan kita sudah berada di zaman serba teknologi yang canggih.

Kepada staf-staf MPS, susah-susah sangat pakailah broadband, bawa notebook anda sendiri.