Rim pun bersukan


Disini ada cerita menarik untuk dikongsi. Semangat kesukanan bukan hanya terletak kepada manusia sahaja, malah benda pun ada juga. Inilah dikatakan Malaysia Boleh. Semua perkara boleh.

Rim sukan
adalah trend masa kini
untuk seseorang itu bagi menambahkan lagi keterampilan kenderaan "KERETA" masing-masing. Samaada kita mahu memakai rim original dari teknologi Jepun, Taiwan, Thailand, Jinjang, Jenjarom mahupun Sg. Buloh, kita tidak perlu menipu pada orang lain dengan menyatakan rim itu adalah original datang dari negara Jepun dan ianya cukup-cukup mahal harganya. Cukup sekadar mengaku bahawa rim tiruan itu adalah buatan negara Taiwan.


Inilah rim sukan. Kenal rim sukan? Rim sukan inilah telah mengeluarkan peluh yang cukup banyak. Atlet terbaik padanya.

Kesimpulan yang boleh dibuat, tidak perlu hendak menipu pada orang lain untuk menampakkan diri anda (hasmawi) hebat gila. Dan juga tidak perlulah melafazkan rasa berbangga sangat kalau rim tu meminta pihak vendor membelikan. Minta sahaja dari mak anda (hasmawi) membelikan.


*Belilah yang original buatan Malaysia. Anda mampu mengubahnya.

0 comments:

Post a Comment