Ada apa dengan MS ISO 9001 : 2000

PENDEDAHAN KEPADA STANDARD MS ISO 9001:2000

  • Semua anggota organisasi perlu mendapat pendedahan mengenai keperluan-keperluan standard MS ISO 9001:2000.
  • Pasukan pelaksana mesti ditubuhkan dan diberikan latihan kemahiran bagi memastikan pelaksanaan MS ISO 9001:2000 berjalan lancar dan teratur.
  • Latihan pendedahan, kemahiran serta latihan Audit Kualiti Dalaman dan Seminar Wakil Pengurusan.
PENENTUAN SKOP PELAKSANAAN MS ISO 9001:2000

  • Pengurusan atasan dikehendaki mengenalpasti proses utama yang akan menjadi skop pelaksanaan standard MS ISO 9001:2000.
  • Penentuan skop hendaklah berdasarkan fungsi utama organisasi.
MENJALANKAN ANALISIS JURANG (GAP ANALYSIS)

  • Agensi perlu menjalankan analisis jurang perbezaan iaitu membandingkan sistem sedia ada dengan keperluan MS ISO 9001:2000. Melalui analisis ini, agensi akan dapat mengenalpasti sistem yang telah atau tidak mematuhi standard dan dapat menentukan bidang yang perlu dibuat penambahbaikan untuk mewujudkan Sistem Pengurusan Kualiti yang cekap dan berkesan.
MENYEDIAKAN DOKUMENTASI MS ISO 9001:2000

  • Dokumentasi adalah salah satu kaedah yang mengawal proses-proses dalam organisasi dan memastikan proses-proses ini dilaksanakan secara seragam oleh semua anggota organisasi.
  • Struktur dokumentasi MS ISO 9001:2000 terdiri daripada Manual Kualiti, Prosedur Kualiti dan Arahan Kerja serta dokumen sokongan seperti borang, rekod, pekeliling dan dokumen rujukan lain yang berkaitan.
LATIHAN AUDIT KUALITI DALAMAN

  • Agensi perlu mengenalpasti kumpulan pegawai untuk menjalankan Audit Kualiti Dalaman. Mereka perlu diberi latihan yang melayakkan mereka untuk menjalankan tugas pengauditan berasaskan standard MS ISO 9001:2000.
PELAKSANAAN SISTEM KUALITI MS ISO 9001:2000

  • Setelah lulus Audit Dokumen, agensi perlu melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti seperti yang telah didokumenkan. Bagi melayakkan agensi memohon untuk Audit Pematuhan,agensi perlu menjalankan sekurang-kurangnya satu Audit Dalaman dan Satu Kajian Semula Pengurusan.

  • Tujuan Audit Dalaman ialah untuk menilai keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti yang telah dilaksanakan, mengenalpasti kelemahan yang wujud serta mengambil tindakan pembetulan, jika ada.
PENGAUDITAN UNTUK PERSIJILAN

  • Badan Persijilan perlu dilantik oleh agensi untuk menjalankan Audit Pematuhan ke atas Sistem Pengurusan Kualiti yang dilaksanakan. Semua agensi perlu mengambil tindakan pembetulan ke atas penemuan-penemuan pasukan Audit Pematuhan. Agensi-agensi yang telah lulus Audit Pematuhan akan diperakukan untuk menerima Sijil MS ISO 9001:2000.
______________________________________________________________________
Di atas adalah sedikit garis panduan pelaksanaan ISO yang dikeluarkan oleh MAMPU.

Secara rasminya, En Hasmawi Mat Junit tidak lagi memegang jawatan ketua ISO di Majlis Perbandaran Selayang.
Diharap ketua ISO yang baru berhati-hati dengan En Hasmawi Mat Junit ini kerana beliau masih menginginkan jawatan tersebut dan akan cuba memburuk-burukkan, mengsabotaj dengan apa jua cara untuk menampakkan ketua ISO yang baru itu kelihatan tidak berkaliber.

Kesimpulan yang dapat dibuat, pekerja-pekerja yang terlibat dengan kertas kerja ISO Majlis Perbandaran Selayang boleh menarik nafas lega setelah ditukarkan dengan ketua yang baru.Harap mereka membuat kenduri doa selamat atau mensedekahkan pulut kuning kepada surau-surau berdekatan dengan rumah mereka.

0 comments:

Post a Comment